Thursday 5 July 2012

Nora Danish hasut bekas mak mertua

sila jangan salah faham dengan tajuk entry kali ini. Kasi baca sampai abis dulu ok...

Menerangkan tentang fitnah yang melanda dirinya (kononnya Nora menghasut keluarga mentuanya), Nora Danish berkata:-
Nora akui memang rapat dengan keluarga bekas mentua kerana anak. Mengapa tidak, Nora pernah menjadi sebahagian daripada keluarga itu. Tetapi Nora tidak pernah cerita apa pun kepada mereka.
Malah Nora menegaskan yang dia tidak menyimpan dendam atau marah kepada isteri Jejai sekarang, Fasha Sandha. Tambah manis apabila Nora mendoakan agar Fasha dikurniakan anak lelaki. Kata Nora:-
Saya cuma mengharapkan Jejai tidak mengulangi kesilapan lalu dan memberikan kasih sayang sama rata kepada anak. Nora berdoa Fasha dikurniakan anak lelaki kerana Jejai mahu anaknya mengikut jejak dia meminati sukan permotoran
nora danish
Semoga dengan penerangan daripada Nora Danish ini, kita semua tidak lagi menyimpan buruk sangka dan menamatkan segala kontroversi yang melanda dirinya, Jejai dan Fasha Sandha. Mereka semua pun sudah bahagia bersama orang yang tersayang. Nora pun dah doakan kebahagiaan Fasha. Fasha pun tampak sangat bahagia bersama Jejai. Marilah kita sama-sama doakan agar kebahagiaan itu akan menjadi milik mereka selamanya.

Adi Putra Mohon MyPR Sejak 6 Tahun Yang Lepas

Selepas Aaron Aziz berjaya mendapatkan status penduduk tetap Malaysia, seorang lagi pelakon dari Singapura iaitu Adi Putra berharap agar permohonannya sejak 6 tahun lepas dapat diluluskan. Untuk makluman, Adi Putra telah berkahwin dengan Aida Yusof yang merupakan rakyat Malaysia.
adi putra mypr
Walaupun masih menunggu kelulusan, Adi Putra mengakui yang statusnya sebagai orang luar tidak menghalang perkembangan karier seninya di Malaysia. Kata Adi:-
Saya tidak nafikan ada membuat permohonan tetapi saya tidak pernah beritahu kerana terlalu peribadi selain melibatkan kerajaan Malaysia. Jadi, saya perlu hormat dan mengikut undang-undang negara ini dan buat masa ini saya hanya tunggu kelulusan.
Kalau pelakon hebat seperti Adi Putra dan Aaron Aziz mendapat MyPR, Abang Nara tak ada masalah kerana mereka benar-benar menyumbang dengan banyaknya kepada industri hiburan Malaysia. Namun diharap agar status MyPR ini tidak diberi secara semborongan kepada mana-mana artis yang memohonnya. Kena pastikan mereka benar-benar layak sebelum permohonan diluluskan. Tak gitu?

Hunny Madu hamil akhirnya

Selepas 3 tahun mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar, Hunny Madu atau nama sebenarnya Hani Farhana telah disahkan hamil baru-baru ini. Pastinya Hunny Madu dan suami sedang super excited sekarang ini. Menariknya, Hunny Madu bermimpi yang dia sedang memegang seorang bayi dan apabila terjaga daripada mimpi tersebut, Hunny Madu terus membuat pemeriksaan dan disahkan hamil. Cute kan?
hunny madu hamil
Jutaan tahniah diucapkan kepada Hunny Madu dan suami atas berita gembira ini. Di dalam temuramah bersama MSN Malaysia, Hunny Madu bercita-cita menjadi seorang ibu seperti penyanyi Hollywood, Gwen Stefani. Menurut Hunny Madu, Gwen Stefani ialah seorang “effortless mom”. Apa pun, semoga kandungan Hunny Madu akan sihat sentiasa sehingga hari kelahiran nanti. Tahniah sekali lagi.

Pierre Andre Akui Cair dengan Senyuman Pekin Ibrahim

Tajuk diatas bukan satu gosip murahan dari kami tetapi ianya dinyatakan oleh Pierre sendiri sewaktu bertemu denganya disidang media Filem AKU, KAU & DIA.

Pierre Andre
Tambah Pierre “Pekin adalah aktres kesukaan saya, memang saya suka dari dulu lagi dengan lakonanya. Tapi baru pertama kali dapat peluang bekerjasama menerusi Filem ini. Walaupun watak dia tidak banyak tapi mampu memberi impak yang sangat kuat terutamanya semasa babak senyum ketika dia sedang main piano.” Sambil bergurau Pierre memaklumkan jika dia adalah seorang perempuan, sudah lama akan cair dengan pekin. Untuk makluman Pierre merupakan pengarah bagi filem ini.
Pierre turut menegaskan ini bukanlah sepenuhnya filem berdasarkan kisah hidup beliau. Walaupun ada babak didalam filem ini yang hampir sama dengan kisah benar hidupnya iaitu terlibat dalam percintaan halimunan tetapi di dalam cerita ini tidaklah secara langsung sebegini seperti realiti.

Pierre Andre
Tambahnya lagi “Aku, Kau & Dia lebih istimewa kerana ianya dimainkan dalam dimensi yang berbeza. cinta yang susah untuk dijangka, kisah yang perlukan anda untuk berfikir bagaimana ianya boleh jadi begitu. Memang banyak perbezaan berbanding dengan cerita cinta yang lain dan cabaran begini adalah sesuatu yg saya suka.”
Ditanya kenapa memilih pelakon yang kurang dikenali seperti Zarinatasha Jamalulla. Pierre menegaskan baginya kesesuaian sesuatu watak itu adalah perkara yang penting dan ini sebabnya kenapa Zarina dipilih memegang watak sebagai Mia. “Lagi pun dia boleh dicantikkan apabila perlu dan boleh juga diburukkan fizikalnya untuk sesuatu babak dan bagi saya ianya satu anugerah tuhan yang perlu dihargai.”
Diakhir perbicaraan Pierre sekali menegaskan baginya penilaian sesuatu filem itu bukanlah berdasarkan kutipan semata mata tetapi baginya mengharapkan apabila penonton menonton filem ini mereka akan rasa selesa dan yang penting dapat merasai jiwa untuk setiap watak dan perjalanan cerita yang digarapnya kali ini. Sambil berharap penonton akan teruja dan akan menjadi mereka yang lebih berfikir apabila selesai menonton Aku, Kau & Dia.

sumber : BUAH MULUT

Wednesday 4 July 2012

Artis sakit kena santau

KATA orang, langit tidak selalu cerah. Ada hari kita sihat dan ada hari lain, kita sakit. Begitulah juga dengan artis kerana mereka juga tidak terlepas daripada jatuh sakit.

Baru-baru ini SS dengar ada seorang artis yang jatuh sakit. Patutlah lama juga SS tidak nampak wajahnya di kaca TV. Rupa-rupanya dia tidak sihat dan akhirnya dikhabarkan menjalani rawatan.


Selain mendapatkan rawatan pemulihan dengan doktor di sebuah hospital, SS juga diberitahu oleh sumber yang rapat dengan artis itu bahawa dia turut dirawat oleh seorang ustaz.

Lalu, sebut saja mengenai ustaz, maka SS terus tidak sedap hati dan mendapat tahu ia tidak lain daripada rawatan batin bagi memulihkan artis itu daripada permainan ilmu hitam.





Menurut sumber tadi, artis itu dikatakan terkena santau oleh orang yang dengki atau sakit hati dengannya. Eh, betul ke? SS hanya mengucap dan urut dada mendengar kisah seperti itu kerana balik-balik artis juga selalu terkena santau. Ia dengan sendirinya boleh memberi imej buruk kepada dunia hiburan tanah air.



Kalau benarlah santau itu dihantar kepada artis itu, SS harap orang yang melakukannya akan segera bertaubat dan insaf. Kita tahu, perbuatan itu adalah amat bertentangan dengan tuntutan agama kita dan hanya mengundang dosa besar.

SS percaya, sebagai manusia biasa, kita kadangkala memang tidak dapat lari dari melakukan salah dan silap. Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar kita ada terlepas cakap dengan orang lain sehingga ia menyakiti atau menyinggung perasaan mereka yang terbabit.

Jadi ia mungkin daripada kesilapan kita sendiri yang membuatkan orang lain marah atau berkecil hati. Namun, yang tidak betulnya, orang suka mengambil tindakan yang salah untuk membetulkan benda yang sudah salah. Itulah yang selalu terjadi dalam masyarakat kita.

Apa yang SS harapkan, semoga rakan SS itu segera pulih dan kembali bertugas seperti biasa. SS juga berdoa akan kita semua akan diberi petunjuk oleh Allah SWT untuk meneruskan hidup ini dengan aman damai dan tiada prasangka.

Anugerah Profima makin mantap

MEMASUKI edisi ke-9 penganjurannya, Anugerah Profima (Persatuan Profesional Pekerja Filem Malaysia) 2011 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam minggu lalu dilihat semakin baik berbanding tahun sebelumnya.

Lokasi hebat yang dipilih seakan-akan menggambarkan prestij anugerah ini yang cuba diangkat presidennya, Khir Mohd Noor bertujuan mengiktiraf tenaga kerja belakang tabir.


Bagaimanapun, senario lapuk masih berulang apabila pemenang beberapa kategori tidak muncul dan hanya menghantar wakil. Inilah yang sedikit sebanyak menjejaskan kemeriahan acara ini.

Mengotakan kata-katanya sebelum ini, Khir bertindak berani memilih PWTC sebagai lokasi penganjuran dan majlis yang berlangsung selama empat jam itu tidak menimbulkan sebarang kontroversi yang membabitkan pemenang setiap kategori.





Kehadiran kira-kira 700 tetamu sebenarnya sudah cukup gah bagi anugerah yang dilihat jauh daripada glamor ini. Bagaimanapun, sikap mereka yang ‘malas’ memberi tepukan menjadikan suasana berlangsung agak suram.



Mujurlah celoteh dua pengacara iaitu Sharifah Shahira dan Serina Redzuawan berjaya menyelamatkan keadaan daripada terus malap. Pujian perlu diberikan kepada kedua-duanya kerana berjaya menghidupkan suasana anugerah malam itu.

Seperti diramalkan, produksi terkenal yang sinonim dengan produk berkualiti terus mengungguli beberapa kategori dipertandingkan. Nama pengarah Murali Abdullah terus diiktiraf apabila menggondol kategori pengarah terbaik telefilem menerusi Ku Hijrahkan Doa.

Erma Fatima kekal hebat apabila diiktiraf sebagai pengarah terbaik drama menerusi Tahajud Cinta. Tidak ketinggalan, Rosyam Nor (pengurus produksi terbaik), Zeel Production dalam beberapa kategori, Opera Klasik dan Enuja Production.

Bagi kategori filem, Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios), Nur Kasih The Movie (Primeworks Studios) dan Aku Bukan Tomboy (Skop Productions) antara yang menepati ramalan meraih beberapa anugerah yang dipertandingkan.

Agak mengecewakan pihak media apabila buku cenderamata yang disediakan tidak memuatkan senarai penuh Top 5 kategori dipertandingkan sehingga menimbulkan kesukaran untuk mengenal pasti profil pemenang setiap kategori.

Begitu juga paparan montaj senarai calon di skrin gergasi yang kurang jelas menyebabkan semua yang hadir sukar melihat kategori serta calon yang dipertandingkan.

Pada penilaian orang lain, anugerah ini mungkin banyak kekurangan, tetapi Khir mengakui lega kerana banyak peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

“Saya lihat 50 peratus kualitinya meningkat berbanding tahun sebelumnya yang hanya 25 peratus. Tahun ini, saya memantau perjalanan acara, tapi tidaklah sepenuhnya. Saya fikir bagaimana nak jadikan majlis ini hebat dan memantau persembahan yang berlangsung.

“Tak dinafikan ada juga kelemahan yang berlaku seperti tempoh masa yang diambil pemenang untuk naik ke pentas, sepatutnya diisi dengan muzik yang lebih sesuai.

“Mengenai kehadiran tetamu dan pemenang pula, ada di kalangan mereka datang pada peringkat awal, tetapi selepas itu meninggalkan majlis. Mungkin mereka ada sebab tersendiri dan ada kerja lain yang perlu diselesaikan,” katanya.

Apapun, Khir menjelaskan gembira dengan kerjasama semua pihak terutama syarikat produksi seperti Enuja Production, Opera Klasik, Skop Production, MIG Production serta ramai lagi yang memberi sokongan padu dengan membeli meja yang disediakan.

“Orang nampak sesetengah meja kosong, tapi sebenarnya ia sudah ditempah. Cuma saya susah nak beri jawapan kenapa mereka tak dapat menghadirkan diri. Saya turut sediakan meja untuk pekerja belakang tabir, tapi ada di kalangan mereka tak datang.

“Sepatutnya mereka hadir beri sokongan kerana anugerah ini penting untuk mengangkat martabat mereka dalam seni. Inilah juga sebab saya pilih buat di PWTC kerana nak menteri (Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim) tengok sebuah persatuan mampu anjurkan majlis anugerah di sini.

“Kali ini persatuan keluarkan kos sebanyak RM400,000 berbanding dulu hanya RM280,000. Saya juga upah seorang tenaga profesional untuk mengendalikan penganjuran ini.

“Daripada 62 anugerah sebelumnya, saya tambah lagi 4 kategori iaitu Pembantu Pengarah, Pembantu Produksi, Pereka Produksi dan Anugerah Khas Juri,” katanya yang turut mengeluarkan kos sebanyak RM75,00 untuk set pentas, pencahayaan dan persembahan artis.

Dalam pada itu, Khir turut menasihatkan penerbit supaya menghantar sekurang-kurangnya empat kategori penyertaan bagi melayakkan mereka muncul pemenang kategori drama dan filem terbaik.

Mengulas kesukaran yang dilalui pihak media pula, Khir memberitahu perkara ini tidak dapat dielakkan kerana ada penyertaan daripada produksi diterima pada saat akhir.


Antara senarai pemenang

Dokumentari

Dokumentari Terbaik: Komuniti Tanah Kubur/ Primeworks Studios Sdn Bhd.
Videografer Terbaik: Mohd Pilus Ghazali/ The Windchucker
Pengarah Terbaik: Datin Paduka Shuhaimi Baba/ The Windchucker


Multiple Camera Production (MCP)

Produser Terbaik: Anugerah Juara Lagu 26/Nurhul Huda Khalid
Pengarah Terbaik: Anugerah Juara Lagu 26/Nurhul Huda Khalid
Audio Terbaik: Anugerah Juara Lagu 26/ Primeworks Studios Sdn Bhd
Rekaan Set Terbaik: Anugerah Juara Lagu 26/ Primeworks Studios Sdn Bhd
Produser Teknikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 26/ Primeworks Studios Sdn Bhd


Iklan (Komersial)

Komersial Terbaik: Best Time Of Your Life/ Tourism Malaysia
Pengarah Terbaik: Best Time Of Your Life/ Tourism Malaysia
Pengarah Seni Terbaik: Best Time Of Your Life/ Tourism Malaysia
Sinematografer Terbaik: Best Time Of Your Life/ Tourism Malaysia


Telefilem

Telefilem Terbaik: Ku Hijrahkan Doa/ Zainuddin Mohd Ismail
Pengarah Terbaik: Ku Hijrahkan Doa/ Murali Abdullah
Pengarah Seni Terbaik: Air Mata Nur Salina/ Ramli Hassan
Penyunting Terbaik: Aku Mahu Terbang/ Neon Entertainment (M) Sdn Bhd
Pengurus Produksi Terbaik: Air Mata Nur Salina/ Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd
Solekan Terbaik: Runtuhnya Sebuah Dosa/ Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd
Audio Terbaik: Kamaruddin Jaafar/ Bisikan Dajal
Kontinuiti Terbaik: Hijab Di Kalbu/ Zeel Production Sdn Bhd
Videografer Terbaik: Aku Mahu Terbang/ Neon Entertainment (M) Sdn Bhd
Operator Kamera Terbaik: Indra Che Muda/ Hijrah Karmila
Pembantu Produksi Terbaik: Enuja Production Sdn Bhd


Drama

Drama Bersiri Terbaik: Tahajud Cinta/ Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd
Pengarah Terbaik: Erma Fatima/ Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd
Pembantu Produksi Terbaik: Rais Ismail/ Opera Klasik Sdn Bhd
Produser Terbaik: Rosyam Nor/ Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Pengarah Seni Terbaik: Rabiati Adawiyah Ismail/ Tahajud Cinta
Penyunting Terbaik: Helmi Mohd Salleh/ Dia Bukan Mariam
Kesan Khas Terbaik: Waris 2/ Pesona Pictures Sdn Bhd
Pengurus Produksi Terbaik: Irwan Abdul Ghani/ Opera Klasik Sdn Bhd
Solekan Terbaik: Mistik Alam Hitam/ Opera Klasik Sdn Bhd
Audio Terbaik: Mohd Shukri Jelani/ Kiah Pekasam
Videografer Terbaik: Mohd Riza Baharuddin/ Pelangi Kasih
Kontinuiti Terbaik: Tanah Kubur/ Opera Klasik Sdn Bhd
Operator Kamera Terbaik: Asra Lukmanal Hakim/ Tahajud Cinta


Filem

Produser Terbaik: Kabir Bhatia/ Nurkasih The Movie
Filem Terbaik: Nurkasih The Movie/ Kabir Bhatia
Pereka Kostum Terbaik: Rosada Abdul Hamid/ Hikayat Merong Mahawangsa
Stuntman Terbaik: Wong Choon Meng/ Songlap
Audio Terbaik: Amaludin Syukri/ Hikayat Merong Mahawangsa
Pengarah Seni Terbaik: Anuar Paharuddin & Kek Ting Lam/ Hikayat Merong Mahawangsa
Jurusolek Artis Terbaik: Karunegaran/ Songlap
Gaffer Terbaik: Ahmad Ridzuan Rahmat/ Misteri Jalan Lama
Key Grip Terbaik: Mohd Yunus Mohd Hanafiah/ Nurkasih The Movie
Fokus Puller Terbaik: Ismail Abu Bakar/ Nurkasih The Movie
Operator Steadycam Terbaik: Haris Hue Abdullah/ Songlap
Operator Kamera Terbaik: Shahizi Osman/ Nurkasih The Movie
Sinematografi Terbaik: Shahizi Osman/ Nurkasih The Movie
Kontinuiti Terbaik: Amaludin Syukri/ Hikayat Merong Mahawangsa

AnugerahTokoh Profima 2011: Link Pew Wah
Anugerah Tokoh Profima 2011 (Filem): Norman Abdul Halim
Anugerah Tokoh Profima 2011 (Akademik Filem) : Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah

SUMBER : METRO

Tuesday 3 July 2012

Saling melengkapi - Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Radzuan

SEMUA insan bergelar manusia ingin mencintai dan dicintai. Bagaimanapun, ada cinta agak lama baru dimiliki dan tak terkecuali yang terjalin begitu pantas. Bagi pasangan Irma Hasmie Ibrahim, 30, dan suaminya, Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Radzuan, 31, nyata cinta di antara mereka berputik tanpa diduga.

Niat mengerjakan umrah di Tanah Suci turut membuka ruang buat mereka mengenali satu sama lain. Bahkan, selepas lima bulan menjalin hubungan, kini Irma sah menjadi milik Redza selamanya. Pasangan sejoli ini selamat diijabkabulkan di Kompleks Perbadanan Putrajaya, petang Jumaat lalu.








MILIKKU...Redza ceria menyarungkan cincin di jari manis isterinya, Irma.





BERDEBAR...Redza tenang ketika upacara akad nikah yang diwalikan bapa Irma, Ibrahim Othman, petang Jumaat lalu.


KASIH ISTERI...Irma menyuapkan kek kepada suami tersayang.


SEJOLI...Irma dan Redza di atas pelamin pada majlis persandingan di MAEPS, malam Ahad lalu.




Sesuci warna putih yang menjadi pilihan mereka, pihak Irma juga pada awalnya merahsiakan jumlah wang hantaran diterima. Namun, tatkala pertanyaan itu diajukan kepada Redza, ahli perniagaan kacak ini memaklumkan keluarga mentuanya tidak meminta langsung jumlah wang hantaran berkenaan.

“Jadi, memandangkan ia adalah pemberian ikhlas buat Irma, saya menetapkan jumlah sebanyak RM33,333,33. Malah, Irma sendiri pun tidak mengetahuinya. Kini, tiada apa yang lebih membahagiakan saya selain bersyukur dapat memperisterikan Irma sebagai teman hidup. Dia melengkapi hidup saya.





“Irma memiliki ciri-ciri isteri yang saya inginkan kerana dia baik, penyayang dan hormat pada orang tua. Bahkan, perjalanan jodoh kami juga lancar seperti dirancang. Oleh itu, semoga jodoh ini akan terus diberkati Allah yang sudah mempertemukan kami ketika menjadi tetamu-Nya di Tanah Suci,” katanya.



Menyentuh soal karier Irma sebagai insan seni, Redza berkata, dia menerima kerjaya diceburi isterinya itu. Malah, sebagai suami, dia tidak akan menghalang Irma untuk terus aktif sebagai pengacara mahupun pelakon.

Katanya, apa yang penting, Irma tahu membahagikan masa antara keluarga dan karier.

Berbicara mengenai bulan madu, Redza berkata, buat masa sekarang, semuanya masih dalam perbincangan. Ada beberapa lokasi yang menjadi pilihan tetapi belum diputuskan kerana dia dan Irma sibuk dengan urusan kerja masing-masing.

Katanya, mereka turut merancang untuk ke Tanah Suci bersama.

Kata Redza, mereka juga ada memikirkan sama ada mahu mengerjakan umrah atau haji apabila ke Tanah Suci nanti. Katanya, perbincangan teliti akan dibuat lebih dulu.

Redza juga berkata, dia dan Irma tidak merancang bila mereka mahu menimang cahaya mata kerana bergantung pada rezeki.

Bagi Irma pula, dia bukan saja sudah bersedia berstatus isteri tetapi juga mahu bergelar ibu.

Katanya, sama seperti Redza, dia menerima dengan hati terbuka sekiranya Tuhan segera memberikan zuriat kepada mereka.

Kata Irma, anak adalah anugerah Allah dan sememangnya menjadi impian pasangan suami isteri.

“Harapan kami, supaya rumah tangga yang dibina ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Saya akan sentiasa berdoa kepada Allah supaya dapat menjadi isteri bertanggungjawab kepada Redza dan ibu yang baik kepada anak-anak kami. Malah, saya juga berharap Tuhan memberikan kami zuriat yang baik.

“Apapun, saya gembira Allah mempertemukan jodoh bersama Redza. Saya menerima kehadirannya dalam hidup ini dengan hati terbuka kerana sedar kami mempunyai misi yang sama. Kini, kami lebih menjurus ke arah akhirat dan saya yakin Redza mampu memikul tanggungjawab untuk membimbing keluarga kami,” katanya.

Menurut Irma, dia juga teruja untuk menjalani proses percintaan selepas kahwin.

Katanya, inilah takdir dirinya yang sudah ditetapkan Allah apabila menyulam cinta dengan suami tersayang sebaik saja bergelar isteri dan berlandaskan ikatan yang sah.

Akuinya, sukar untuk dia menjangkakan bagaimana perjalanan itu nanti.

Menyorot kisah pertemuan mereka, Irma berkata, dia bertemu suaminya ketika mengerjakan umrah pada 14 Februari lalu di Makkah. Pada awalnya, dia berkenalan dengan ibu mentuanya dan kemudian baru dipertemukan dengan Redza. Begitu pun, ketika pertemuan makan malam diatur itu, mereka tak banyak berbicara.

Irma berkata, ketika itu, dia dan beberapa teman diajak untuk menikmati makan malam bersama. Namun, sebelum pulang ke tanah air, mentuanya ada membisikkan ke telinga bahawa mereka sekeluarga mahu menjodohkan dia dan suami. Malah, tidak lama selepas itu, keluarga Redza datang untuk merisik.

Sebaik proses merisik, pasangan pengantin ini terus mengikat pertunangan pada 24 Mac lalu. Kurang dari tiga bulan majlis pertunangan itu dilangsungkan, Irma dan Redza selamat bernikah dengan diwalikan bapa Irma, Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Redha Ahmad.

Majlis resepsi mereka berlangsung di Dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), malam Ahad lalu dengan tema ‘vintage’ moden.

Setia mengekalkan tema putih pada majlis resepsi itu, kira-kira 1,500 tetamu di kalangan keluarga, kenalan, sahabat sekolah, rakan artis dan wakil media hadir meraikan persandingan Irma dan Redza.

Ramai juga rakan artis yang kelihatan meluangkan masa hadir meraikan pasangan raja sehari itu antaranya Awal Ashaari dan isteri, Scha Al-Yahya, Rashidi Ishak serta Vanidah Imran, Tam Suhaimi, Sari Yanti dan Rabecca Nur Islam.

Kereta Mewah Artis Malaysia

Siapa kata artis Malaysia tidak boleh pakai kereta semewah Bently? Inilah namanya artis Malaysia yang ada wawasan, bukan sepanjang masa seronok dibuai dengan dunia artis. Kalau nak  hidup lebih senang berniagalah, berniagalah. Sedangkan Nabi Muhammad sendiri berniaga.
Saya suka melihat kejayaan dengan seorang artis Malaysia ini, AC Mizal namanya. Takkan tidak kenal bukan? Berbekal jualan langsung bagi bisnes gelang magnetnya. Kaya-raya sekarang ini, tetapi bukan semudah itu. Inilah kemanisan dalam perniagaan apabila sudah berjaya. Tahniah!!!
Ada beberapa gambar kereta artis Malaysia, yang mewah-mewah pulak tu dan ada juga yang biasa-biasa sahaja sebagai tempelan. Ada pulak artis Malaysia yang kaya -kaya dek kerana talian hayat daripada orang lain. Dunia artis!!
acmizal2 (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
acmizal3 (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
Kereta artis Malaysia AC Mizal
aznil (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
aznil3 (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
Kereta artis Malaysia Aznil Haji Nawawi
awal (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
awal2 (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
awal3 (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
Kereta artis Malaysia Awal Ashaari
ebiaf5 (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
ebiaf52 (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
Kereta artis Malaysia Vios Ebi AF5
fafau2 (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
fafau3 (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
Kereta Kereta artis Malaysia Farah Fauzana
sazzy (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
Kereta artis Malaysia Sazzy Fallak
skyline2 (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
skyline4 (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
Kereta artis Malaysia Zahid AF
syamsul (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
syamsul2 (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
Kereta artis Malaysia Syamsul Yusof
yusry (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
yusry2 (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
Kereta artis Malaysia Yusry KRU
 (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
Kereta artis Malaysia Anuar Zain
siti (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
datuk k (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
Kereta artis Malaysia Datuk Siti Nurhaliza
anne (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
Kereta artis Malaysia Anne HotFM
azhar (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
Kereta artis Malaysia Azhar Sulaiman. Dahulu dia memakai kereta Proton Waja.
intanladyana (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
Kereta artis Malaysia Intan Ladyana dengan BMW 1 series
Rosyam Nor (Gambar) Kereta Artis Malaysia. Kaya Raya!!
Artis Malaysia, Rosyam Nor merupakan individu pertama yang memiliki Rosyam Nor pemilik pertama kereta Satria Neo R3 Lotus Racing Edition

Aksi Artis Berani Mati

NORISH KARMAN LAHIR ANAK LUAR NIKAH TERBONGKAR - ISU GAMBAR?



Pelakon ini sering sahaja dapat liputan dari blogger blogger diMalaysia, baru baru ini ramai yang bertandang ke blog G.A.M dengan mencari nama Norish Karman. Kemudian pentadbir mencari mengapa nama ini begitu popular, rupanya sedar tak sedar ada isu terbaru lagi berkenaan Norish Karman. Cerita ini semakin hot dan mendapat perhatian dari peminat peminat nya. Kini Penyebaran beberapa keping gambar yang memaparkan seorang wanita dipercayai Norish Karman berada di hospital seakan memberi jawapan kepada spekulasi hangat mengenai aktres tersebut sebelum ini.





Menerusi laman Rotikaya, Foto- foto yang dimuatnaik oleh seorang peminat hiburan di forum Cari beberapa hari lalu menyaksikan wanita yang didakwa sebagai Norish bersama seorang bayi lelaki yang dilahirkan pada 24 September 2011 di KPJ Cheras sekitar jam 6.13 petang.





Terdapat gambar yang menunjukkan tag yang tertera maklumat hospital dan butiran peribadi si ibu yang bertulis, 'Nor'asikin Karman' (sama dengan nama sebenar Norish Karman), tarikh lahir pada 11/05/74 (yang juga merupakan tarikh lahir pelakon berusia 38 tahun ini) dan bayi lelaki yang diberi nama Alexander Bin Abdullah.













Jumaat lepas, program hiburan sensasi TV9 ada menyebut mengenai seorang aktres wanita yang sanggup memakai tudung labuh dan purda dipercayai demi menyembunyikan identitinya yang baru lepas bersalin.





Laporan tersebut adalah susulan daripada dakwaan seorang pengguna laman Facebook yang menyiarkan foto seorang wanita didakwa Norish, berada di atas kerusi roda (dipercayai baru keluar dari bilik bersalin) sambil mengenakan tudung labuh lengkap purda.





Tahun lepas heboh seketika dunia hiburan Malaysia apabila memperkatakan tentang seorang aktres yang khabarnya menetap di Bali, Indonesia bukan kerana melebarkan sayap karier lakonannya sebaliknya cuba menyembunyikan kandungan luar nikahnya.





Maka ramai pemerhati dunia hiburan mengatakan aktres tersebut adalah Norish Karman lantaran ketiadaan kelibatnya pada masa khabar angin itu hangat diperkatakan.





Walaubagaimanapaun, Norish kemudiannya menafikan dakwaan tersebut sekitar Disember 2011 lalu.










Norish sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Pengerusi Eksekutif syarikat Perspec Prime (M) Sdn Bhd, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Muhammad Haqiem Amany, 13, Muhammad Hady Amieran,9, dan Nur Hanyz Amanda,9 sebelum bercerai pada 15 Julai 2008 selepas Norish didakwa menjalin hubungan sulit dengan Mohd. Luqman Mohd. Amin, abang kepada penyanyi Farahdhiya.





G.A.M doakan yang terbaik buat semua pihak, Semoga segalanya dalam redha dan kearah baik hendakNYA. Dalam apa jua keadaan sekalipun kita tidak tahu sejauh mana kebenarannya . Mana yang baik itu dari Allah dan yang khilaf itu dari kita sendiri hambaNYA. - yahoonews-

Artis Malaysia yang HOT

hot kew? korang tengok sendiri okeyy

Zarina Anne Julie

Mael Lambong berjaya mengutip RM4.5Juta

SEHINGGA Ahad lalu, filem arahan Ahmad Idham, Mael Lambong berjaya mengutip sebanyak RM4.5 juta. Filem itu mula berada di pawagam pada 21 Jun lalu.

Mael Lambung menampilkan Zizan Raja Lawak sebagai teraju utamanya di samping Juliana Evans (sebagai Maria), Taiyudin Bakar (Tai) dan pelakon baru, Shenthy Feliziana (Rozie).


Idham bersyukur kerana filem terbitan syarikatnya, Excel�lent Pictures Sdn Bhd terus �mendapat sambutan walaupun ia bukan ditayangkan ketika musim cuti sekolah.

Pada waktu sama, Mael Lambung bersaing dengan tiga filem lagi iaitu Hanya Aku Cinta Kau Seorang, Aku, Kau dan Dia dan Baik Giler yang juga menampilkan Zizan sebagai hero. Bagaimanapun, khabarnya Baik Giler agak kurang mendapat sambutan.





Menurut Idham, dia sendiri sukar untuk menentukan cerita apa yang penonton suka.



“Saya akui dalam industri ini, ada pasang surut. Hari ini apa yang penting produser kena ada strategi pemasaran yang betul dan kejayaan sesuatu filem itu bukanlah terletak sepenuh�nya pada pengarah ataupun pelakon filem itu. Adakala dalam sesebuah filem itu, semua pelakonnya bagus belaka, tetapi kalau jalan ceritanya tak bagus, orang tak datang tengok juga.

“Tiada satu formula khas dalam menentukan kejayaan sesuatu filem. Kalau memang benar kejayaan filem itu kerana pengarah dan pelakonnya, ia adalah penyebab saja. Untuk setiap filem saya, saya �me�nyediakan strategi pemasaran yang agresif sehingga membuat�kan orang tak sabar menontonnya.

“Penggiat seni tidak boleh berputus asa dan saya sendiri sentiasa mencari idea baru serta mencuba segala yang ada untuk memancing peminat filem Melayu. Sebagai orang industri kita tidak boleh patah sema�ngat. Walaupun ada orang yang cuba menjatuhkan saya, saya akan terus bergerak. Orang di luar sana tak faham perjalanan industri yang sebenarnya.

“Kalau orang lama seperti saya cepat putus asa, habis industri kita. Sebelum ini, Finas (Perbadanan Kemajuan Perfileman Nasional Malaysia) pernah mengumumkan untuk memberi dana kepada orang muda sebagai penggerak industri tetapi saya tengok masih orang lama juga yang terus rancak berkarya.

“Bagaimanapun, saya tengok kebanyakan produser baru ini tiada hala tuju dan mereka tak faham apa itu industri filem yang sebenarnya. Justeru, ramai produser yang baru muncul dan ramai juga yang kecundang di tengah jalan,” katanya.

Kembali bercakap mengenai Mael Lambung, Idham tak pasti sampai bila filem itu akan bertahan di pawagam, namun dia berharap hujung minggu yang akan datang ini dapat meningkat�kan lagi kutipan filem itu.

“Euro 2012 pun sudah berakhir dan semoga perhatian peminat bola sepak beralih ke panggung pula. Saya selalu mengharapkan setiap filem terbitan saya dapat mengulangi kutipan filem Hantu Bonceng iaitu RM8.5 juta. Filem itu dilakonkan oleh Zizan dan Juliana Evans.

“Saya bernasib baik kerana sentuhan komedi saya boleh diterima peminat sehingga sekarang. Berdasarkan trek rekod filem komedi saya sebelum ini seperti Senario, Jangan Pandang Belakang Congkak, Adnan Sempit, Hantu Bonceng dan sekarang Mael Lambong, penonton dapat terima konsep komedi yang saya bawa. Saya juga tidak bergantung kepada seorang pelakon saja.

“Walaupun ia filem komedi, tetapi ia bukanlah dibuat secara semberono kerana peminat tak mahu lagi menonton filem lawak bodoh. Kerjasama dengan Zizan berjalan baik dan dalam kerjasama itu, kami saling ‘menang’ di mana filem saya menjadi ‘box office’ dan Zizan pula menikmati laluan sebagai pelakon yang popular serta menjadi rebutan pengarah,” katanya yang akan memulakan projek terbarunya pada waktu terdekat ini.

Mael Lambung mengisahkan Mael Lambong seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam-kabut apabila bertemu Maria yang meminta pertolongan daripada�nya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat.

Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Maria ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Rupa-rupanya Mael sudah lama meninggalkan negeri kelahirannya itu kerana membawa diri.

Di kampung, Mael bertemu semula dengan bekas kekasih, Rozie, yang kini bergelar tunangan kepada Tiger (Taiyudin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin
di antara Mael dan Rozie sebelum ini.

Penjahat memburu Maria kerana mereka mahukan mikrocip yang mengandungi maklumat tender projek kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu.

Dulu kedut, kini ‘cekang’

BARU-BARU ini rakan SS ada membuat liputan sebuah persembahan hiburan di luar Kuala Lumpur. Rakan SS itu terkejut apabila berjumpa seorang artis pada majlis itu yang nampak lain. Lain bukan sebab dia tidak mesra dengan orang, namun sebab wajahnya yang dulu banyak garisan kedut, tapi sekarang dan jadi ‘cekang’ (tegang).

Kalau ikut usia dia bukan lagi remaja kerana sudah ada anak yang besar panjang, namun perubahan drastik itu sangat mengejutkan rakan artis lain yang menjayakan acara itu.


Bukan apa kata mereka, wajah tegang artis itu menampakkan rupanya macam tidak lagi ‘real’. Ini kerana dia bukannya baru sehari dua menjadi artis, jadi masyarakat sendiri sudah kenal bagaimana wajahnya dari awal dia berkecimpung dulu sampailah sekarang.

Dengan wangnya yang banyak itu, SS faham artis itu boleh buat apa saja untuk kecantikan dirinya kerana itu adalah haknya. Namun, disebabkan dia seorang ‘public figure’ dan ‘hak masyarakat’, tentulah orang di sekeliling akan tetap bercakap juga.





Dengan ‘trend’ suka meminda tubuh dan wajah yang menjadi kesukaan ramai orang hari ini, SS rasa ia adalah tindakan yang keterlaluan. Hairan juga, peminat sendiri tidak pernah pun meminta artis kita meminda wajah mereka, tapi artis menggunakan teknologi itu sebagai alasan untuk selalu kelihatan elok di mata peminat. Memang betul, masing-masing nak jaga saham agar sentiasa muda remaja, namun kesan di belakang hari kita belum tahu lagi.



Bagi SS, senang saja untuk kita melihat orang itu pinda wajah atau tidak. Kalau raut wajahnya senyum dengan tak senyum pun nampak sama saja, itu petanda ada sesuatu yang tidak kena dengan otot pada wajahnya. Satu lagi, tengoklah kalau kulit muka tegang sungguh, tapi leher nak ‘berenda’, itu juga petanda seseorang itu mungkin pinda muka. Entahlah, itu kawan SS yang pandai dalam bidang perubatan yang cakap.

Apapun, biarlah kita semua memasuki usia matang atau senja dengan cara yang ‘natural’ atau bersahaja. Kalau makan minum dijaga, tidur cukup dan lebih penting, hati selalu ikhlas, maka kesegaran itu akan tetap bersinar pada wajah kita.

Pesta Flora di serikan dengan kehadiran Artis

BARISAN artis popular memeriahkan Konsert Perarakan Malam Flora Pelancongan Antarabangsa 1Malaysia 2012 yang berlangsung di Presint 2, Putrajaya.

Acara anjuran Kementerian Pelancongan itu diadakan selama seminggu mulai 30 Jun lalu hingga 8 Julai nanti.


Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Acara kementerian itu, Hussain Moh berkata, perarakan malam flora antarabangsa yang bertemakan Magic of the Night itu untuk menarik pelancong luar negara datang ke negara ini. Bagi pelancong tempatan pula, hargailah segala keistimewaan yang ada di tempat sendiri.

“Pelbagai usaha dilakukan kementerian untuk memperkenalkan Malaysia ke peringkat antarabangsa dan usaha itu nampaknya berjaya. Setiap tahun, kementerian menambah pelbagai aktiviti bagi memenuhi kalendar pelancongan tempatan.





“Masyarakat tempatan tidak perlu pergi ke luar negara kerana semuanya sudah tersedia di tempat sendiri. Kepada yang belum tahu destinasi menarik yang ada di Malaysia, bolehlah datang mendapatkan maklumat di kementerian. Sepanjang seminggu pesta flora itu diadakan, datanglah beramai-ramai dan lebih bermakna jika dapat hadir bersama keluarga,” katanya.



Antara atur cara yang disediakan, perarakan bot berhias yang disertai sembilan negeri termasuk Perak, Johor, Sabah dan Sarawak, pertandingan bunga api dan pertandingan fotografi.

Perasmian disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Permaisuri Agong, Tuanku Haminah Hamidun, 30 Jun lalu.

Selama seminggu itu, artis yang akan membuat persembahan, Arora dengan lagunya Ahmad, I Will Always Love You, Kau Tak Menarik dan Pulangkan; Naufara (Some One Like You, Hanya Memuji, Bunyi Gitar dan Stronger); kumpulan AXLS (Andai Dapatku Undurkan Masa, Tamar Rindu, 100 Kali dan Akulah Kekasihmu); Lan Typewriter (Jeritan Batinku, Teratai dan Kelibat Si Penyair); Pija Mentor (Rolling In The Deep, Terawal Dan Terakhir, Bring To Me Life dan Di Bawah Pohon Cemara); Ifa Raziah (Ser Ser, Panas dan Luar Biasa); Shima (Luka Dilukai, Setelah Aku Kau Miliki dan Apaku Rasa) dan Syafinaz Selamat.

Sidang Akhbar Anzalna Dan Neelofa…Macam Ada Yang Tak Kena

Sekitar Sidang Media


KUALA LUMPUR – Hari ini telah berlangsungnya sidang media anjuran Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) bagi meleraikan pergolakan antara dua artis muda, Nur Anzalna Md Nasir dan Noor Neelofa Mohd Noor.

Anzalna secara terbuka telah memohon maaf kepada Neelofa di atas kenyataan yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya.

Berlangsung di Hotel Royale Bintang, Damansara, majlis sidang media itu nampaknya penuh dramatik.

Mana tidaknya, pihak media agak terkejut dengan kenyataan spontan yang dikeluarkan oleh Anzalna sewaktu sidang media itu.

“Oh I kena ikut syarat you eh?,” ujar Anzalna sebelum membaca skrip permohonan maaf kepada Neelofa.

Adakah segala permohonan maaf yang berlangsung pada hari ini penuh dengan keikhlasan atau ada pihak yang cuba mengenakan pihak yang lain?

Masing-masing telah menandatangani perjanjian yang telah dikeluarkan oleh pihak Seniman mengikut perlembagaan persatuan itu yang menjadi medium menyelesaikan persengketaan mereka.

Jika benar permohonan maaf itu ikhlas dari hati Anzalna, kenapa Anzalna seperti didesak untuk membaca skrip dan bukannya meluahkan dari hatinya sendiri.

Nampaknya, usaha inisiatif yang ditunjukkan oleh pihak Seniman telah menimbulkan sedikit kemusykilan di kalangan pihak media serta hadirin yang hadir apabila mereka berdua tidak bersalaman selepas menandatangani perjanjian itu.

Seolah-olah masih ada perkara atau isu pokok yang terdendam di hati mereka.

Setelah selesai majlis tersebut, Anzalna terus bergerak meninggalkan majlis dan Neelofa pula terperangkap dalam kalangan media apabila dia mula diajukan pelbagai soalan.

Namun, pihak Melodi (TV3) telah sempat menemubual Anzalna berkenaan pergolakan yang berlaku antara dia dan Neelofa.

“Syukur alhamdulillah kerana perkara ini telah selesai dan Anzalna tak nak perkara ini berpanjangan kerana ia akan mengaibkan lagi ramai orang.

“Mungkin benda ini dimanipulasikan oleh orang tertentu dan Anzalna buat semua ini kerana Allah,” kata Anzalna dalam nada sebak sambil menitiskan air matanya ketika ditemubual oleh pihak Melodi.

Ujarnya lagi, sebagai manusia kita tidak mengetahui bila kita akan menemui ajal. Maka, dia mengambil positif usaha itu dan memohon maaf kepada Neelofa dengan ikhlas secara terbuka.

Pada masa yang sama, Neelofa juga bersyukur kerana masalah itu tidak berpanjangan dan berterima kasih kepada Seniman kerana menjadi medium terbaik dalam menyelesaikan masalah itu.

“Saya berharap supaya perkara sebegini tidak berlaku lagi kepada diri saya juga kepada mana-mana artis lain,” kata Neelofa kepada pihak media setelah diajukan pelbagai soalan.

Neelofa yang hadir bersama dua orang peguamnya telah memaafkan Anzalna terhadap tindakan Anzalna yang telah mencemarkan namanya dan keluarga serta menjejaskan kerjayanya.

Menurutnya, dia juga tidak akan mengenakan sebarang tindakan undang-undang terhadap Anzalna berdasarkan perjanjian yang telah dikeluarkan oleh pihak Seniman demi menjaga nama baik dirinya.

SUMBER : MYNEWSHUB

Koleksi terbaik Rossa

LIRIK puitis disampaikan menerusi lagu berjudul Atas Nama Cinta ibarat ‘sos’ pembuka selera untuk terus melayan lagu-lagu koleksi terbaik Rossa. Album ini ada nyanyian solo dan duet bersama beberapa penyanyi popular Indonesia lain seperti Pasha Ungu, Taufik Batisah dan Broery Marantika.

Artis hip-hop Malaysia, Joe Flizzow tampil ‘bercakap rap’ dalam lagu bahasa Inggeris berjudul One Night Lover. Lagu duet berjudul Ku Pinang Kau Bismillah, Aku Bersahaja, Jangan Ada Dusta Antara Kita dan Terlanjur Cinta.


Bukan semua lagu menarik tetapi boleh dikatakan 90 peratus terutamanya lagu Kini sesuai dilayan pada waktu malam. Lagu Ku Menunggu menarik, ada melodi instrumen vokal dan ‘fill-in’ gitar akustik sesedap rasa. Tidak ketinggalan, lagu Pudar menyuntik rasa seronok buat pendengar yang sukakan irama ceria.

Leret permainan piano dengan ‘intro’ 5 nota diulang dua kali disusuli nyanyian lagu ciptaan Aji Mirza Hakim berjudul Aku Bukan Untukmu begitu romantik. Tidak keterlaluan, ‘emosi’ lagu ini mampu ‘mendera’ pasangan di ambang putus cinta berlinang air mata!

Secara keseluruhan, album The Best Of Rossa menyajikan koleksi terbaik penyanyi pemenang pelbagai anugerah lagu di Indonesia dan Malaysia itu.



Penghasilan album ini cara terbaik menikmati lagu dendangan anak kelahiran Sumedang, Jawa Barat ini. Jika ada Rossa, ia bermakna lagu cinta beremosi. Album ini wajar dibanggakan warga Nusantara dan gugusan kepulauan Asia Tenggara.


Artis: Rossa
Tajuk: The Best of Rossa
Genre: Pop
Edaran: Suria Records (M)

Monday 2 July 2012

Tiz Zaqyah di tampar Remy Ishak???

Sebelum ini, ada cerita kurang enak yang timbul mengenai hubungan cinta antara sepasang pelakon, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah apabila Tiz dikatakan tidak mengambil tahu perihal diri Remy ketika dia dimasukkan ke wad hospital kerana sakit.

Cerita itu timbul berpunca dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Remy di lama sosial Twitternya.

Ramai juga pihak yang inginkan kenyataan balas dari Remy dan Tiz berhubung isu itu.

Tetapi, kedua-dua pelakon itu mengambil pendekatan dengan enggan memberikan sebarang komen. Kiranya, ingin meletakkan isu itu sebagai biarlah rahsia.

Terbaru, timbul lagi cerita yang tidak berapa elok.

Seorang wartawan hiburan telah menulis kenyataan tentang ‘kejadian’ yang telah menimpa ke atas diri Tiz.

Tulis wartawan itu dalam beritanya, Tiz telah ditampar di mukanya kerana Remy naik angin dengan sikapnya.

Malah, Tiz juga dikatakan sudah tidak tahan dengan sikap Remy yang panas baran.

Betulkah cerita itu atau hanya sekadar rekaan?

Yang pasti, Tiz telah memuat naik status di laman Facebooknya dengan menegaskan perkataan THINK.
Add caption



“SALAM, TO THOSE RESPONSIBLE OF SPREADING UNCERTAINTY AND JUDGING OTHERS, PLEASE THINK TWICE AND THINK OF OTHERS AROUND.THINK.THINK.

“FIKIR-FIKIR FIKIR….JANGAN SAMPAI KENA BATANG HIDUNG SENDIRI WAHAI KAWAN2 :) HAVE A NICE DAY,” tulis Tiz di Facebooknya.

Tiz juga telah memuat naik gambarnya bersama-sama dengan Remy yang ketika ini mereka berdua sedang bercuti di Thailand bersama teman-teman rapat.

Jadi, apakah sebenarnya yang berlaku?

Bagi penulis, jika empunya badan menampakkan diri mereka dalam keadaan elok, jadi, janganlah mudah untuk membuat andaian sendiri.

Selebihnya, hanya Remy dan Tiz sahaja yang tahu.

SUMBER : MYNEWSHUB