Tuesday 3 July 2012

Pesta Flora di serikan dengan kehadiran Artis

BARISAN artis popular memeriahkan Konsert Perarakan Malam Flora Pelancongan Antarabangsa 1Malaysia 2012 yang berlangsung di Presint 2, Putrajaya.

Acara anjuran Kementerian Pelancongan itu diadakan selama seminggu mulai 30 Jun lalu hingga 8 Julai nanti.


Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Acara kementerian itu, Hussain Moh berkata, perarakan malam flora antarabangsa yang bertemakan Magic of the Night itu untuk menarik pelancong luar negara datang ke negara ini. Bagi pelancong tempatan pula, hargailah segala keistimewaan yang ada di tempat sendiri.

“Pelbagai usaha dilakukan kementerian untuk memperkenalkan Malaysia ke peringkat antarabangsa dan usaha itu nampaknya berjaya. Setiap tahun, kementerian menambah pelbagai aktiviti bagi memenuhi kalendar pelancongan tempatan.





“Masyarakat tempatan tidak perlu pergi ke luar negara kerana semuanya sudah tersedia di tempat sendiri. Kepada yang belum tahu destinasi menarik yang ada di Malaysia, bolehlah datang mendapatkan maklumat di kementerian. Sepanjang seminggu pesta flora itu diadakan, datanglah beramai-ramai dan lebih bermakna jika dapat hadir bersama keluarga,” katanya.



Antara atur cara yang disediakan, perarakan bot berhias yang disertai sembilan negeri termasuk Perak, Johor, Sabah dan Sarawak, pertandingan bunga api dan pertandingan fotografi.

Perasmian disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Permaisuri Agong, Tuanku Haminah Hamidun, 30 Jun lalu.

Selama seminggu itu, artis yang akan membuat persembahan, Arora dengan lagunya Ahmad, I Will Always Love You, Kau Tak Menarik dan Pulangkan; Naufara (Some One Like You, Hanya Memuji, Bunyi Gitar dan Stronger); kumpulan AXLS (Andai Dapatku Undurkan Masa, Tamar Rindu, 100 Kali dan Akulah Kekasihmu); Lan Typewriter (Jeritan Batinku, Teratai dan Kelibat Si Penyair); Pija Mentor (Rolling In The Deep, Terawal Dan Terakhir, Bring To Me Life dan Di Bawah Pohon Cemara); Ifa Raziah (Ser Ser, Panas dan Luar Biasa); Shima (Luka Dilukai, Setelah Aku Kau Miliki dan Apaku Rasa) dan Syafinaz Selamat.

1 comment:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa - DrmCD
    Borgata Hotel Casino 영주 출장안마 & 거제 출장샵 Spa, Atlantic 원주 출장샵 City. 777 Casino Dr, Atlantic City, NJ 08401. Directions · (609) 317-7117. Call Now · 익산 출장마사지 More Info. Hours, Accepts Credit 군산 출장안마 Cards,

    ReplyDelete