Wednesday 21 May 2014

JUE AZIZ AKHIRNYA MENGAKU SUDAH BERKAHWIN



Sebelum ini kecoh dengan isu status hubungan pelakon Jue Aziz atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz dengan seorang pemuzik kelahiran Indonesia, Bayu Daniels. Ramai yang tertanya-tanya adakah mereka sudah berkahwin atau sebaliknya.


Bagaimanapun menerusi laporan sebuah akhbar, Jue Aziz akhinya telah mengaku berkahwin dengan Bayu Daniels. Menerusi laporan berkenaan, Jue berkata dia bukan sengaja mahu menyembunyikan perkahwinannya itu, tetapi dia tidak mahu menghebohkan perkara tersebut kepada pengetahuan ramai.



“Ya, saya sudah berumah tangga dan kini saya merupakan isteri kepada Bayu. Kami mendirikan rumah tangga di kampung halaman suami di Makassar, Indonesia pada 9 Mac lalu,” jelasnya memetik laporan tersebut.

No comments:

Post a Comment