Friday, 30 May 2014

WOW.. Hebatnya Treasure Hunt EPHYRA 2014

Assalamualaikum..

Sebenarnya Treasure Hunt ni aku join minggu lepas 24 Mei 2014 tapi disebabkan kerja-kerja yang menggunung terpaksalah aku hadap dulu yerk. Terus terang aku katakan hujung minggu aku pada hari tuh memanglah yang terbaek. Dah lama aku tak merasai kelasakan yang semaksima tuh... hihihi.

Okay nak story dah.. pada hari yang telah ditetapkan aku telah pergi ke lokasi yang telah dijanjikan. PUSPANITA, Putrajaya. Ramai juga Blogger dah sampai awal-awal lagi. Terbaeklah, memasing memang dah berkobar-kobar rupanya.

Kehadiran Organizer(Denaihati) mmg dinantikan, dengan penuh mesra kami diberikan sarapan pagi (memang dinantikan) lumayan jugak sarapan pagi kami. OOppss tak lupa juga minuman EPHYRA turut disertakan dan ini merupakan Task kami yang pertama.. (TASK1 .. meyiapkan instavideo tentang EPHYRA tersebut).. kalut gak team kami nak menyiapkan tapi masing-masing memang buat yang terbaeklah..



Sambil bersarapan kami berinstavideo, time ni kami telah ditetapkan dengan kumpulan masing-masing. Aku tergolong dalam Team 6, Team MARIGOLD.. haah untuk maklumat semua nama team nih telah diberikan oleh pengasas EPHYRA sendiri Pn Amiza dan MARIGOLD itu sendiri sebenanrnya adalah salah satu bahan asas untuk minuman EPHYRA.

Team aku terdiri dari ijam, Miza, Intan. Walaupun baru pertama kali berkenalan tapi masing2 memang sportinglah. 


Selesai tugasan 1, kami diberi taklimat ringkas oleh PN Amiza dan organizer Denaihati dan xpedisi seterusnya pun bermula. 

Untuk Task 2.. kami dikehendaki ke lokasi dinyatakan dan melaksana tugasan. Disebabkan kekalutan, kami agak lewat menyelesaikan tugasan disana. Susah tau nak mencarik nama-nama tersebut.tambahan plak memang tak pernah sampai pun ke TAMAN BOTANI, Putrajaya nih.. :) Alhamdulillah disebabkan acara ni kami semua dapat mengenali dan menghargai khazanah ALLAH ini.
Walaubagaimanapun Team kami adalah yang terakhir melaksana tugasan disini.



Selesai ajer Task 2 kami terus ke lokasi seterusnya untuk melaksanakan Task 3 pulak. Disebabkan kurang jelas dengan maklumat yang diterima maka kami telah menyusuri jalan yang agak jauh untuk sampai ke lokasi seterusnya dimana kami dikehendaki berselfie dengan gaya paling kreatif.. tapi yang paling penting berselfie bersama dengan Billboard EPHYRA yang tepampang wajah2 Dutanya Norman Hakim dan Memey Suhaiza.


Selesai berselfie kami terus bergegas ke KLIA2 pulak. Disana kami diarahkan untuk ke STARBUCK untuk menerima tugasan selanjutnya. Di sana kami berjaya melaksanakan 3 tugasan .. yang pertama bergambar bersama sign KLIA2, 



Bergambar bersama pelancong asing



dan akhir sekali Instavideo bersama seorang lelaki berbaju biru sambil memberi penerangan mengenai produk EPHYRA.

Selesai tugasan diKLIA2 kami berehat sebentar untuk menunaikan solat serta makan tengahari sebelum kelokasi terkhir di JOM HEBOH, Putrajaya.

Sampai dilokasi terakhir kami disambut dengan pertandingan BLIND SOCCER pula (orang yang celik macam kiter ni memang terujalah dengan permainan ni..memang ohsem) Dalam pertandingan ini kami berjaya mengalahkan Team GAM AKASIA dan seterusnya menamatkan pertandinagn dengan mempersembahkan TEAM CHEER kami.. WOW tak sangka masih bertenaga rupanya team aku ni sure pasal minum EPHYRA pagi tadi atau aura hebat dari Duta EPHYRA yang memang telah berada disana iaitu Norman Hakim dan Memey Suhaiza.


Dalam suasana hujan Penutup acara EPHYRA Treasure Hunt 2014 menyaksikan Team kami menjadi naib juara .. tapi dari belakanglah... hihihi.  Team kami tempat ke-6 dari 7 kumpulan .. oklah tu.. dan Juaranya jatuh kepada Team Gluthatione, Naib Juara Team Acai Berry dan tempat ketiga Team Tomato.


Alhamdulillah selesai sudah acara petang tu dengan penuh keceriaan dan kepenatan.. hihihi.. Setiap Blogger/peserta tidak pulang dengan tangan kosong setiap dari kami menerima cendehati dari EPHYRA yg sangat comel dan mmg berbaloi2. Terima kaseh banyak EPHYRA kerana mengadakan acara tersebut  dan Denaihati yang banyak bertungkus lumus untuk menjayakan acara itu.


Ok kat sini aku nak share sikit tentang Produk EPHYRA yang dijamin keberkesanannya.

EPHYRA dirumus khas untuk kecantikan dan kesihatan yang bermula dari dalam. Ia mengandungi kolagen ikan laut dalam yang dihidrolisis secara semulajadi,yang sangat membantu kuasa penyerapan ke dalam kulit lebih pantas dan effektif untuk kesan yang lebih optimum. Digabung dengan 8 agen antioksida yang berkesan untuk melindungi dan memperbaharui, memberikan apa yang diperlukan oleh kulit anda,Lindungi kulit anda dari masalah kulit dan penuaan, seterusnya serlahkan keserian dan kesihatan dalaman dan luaran. Hasilnya – kulit lebih bersih,lebih berseri, lebih halus dan lebih muda!
EPHYRA SESUAI UNTUK
  • Lelaki dan wanita, kanak-kanak (4 tahunkeatas)
  • Ibu menyusu dan hamil (6 bulankeatas)
  • Mereka yang pentingkan kecantikan, kesihatan luar dan dalam
Mereka yang mempunyai masalah-masalah berikut :
  • Kulit berjerawat
  • Kulit Berjeragat dan Berparut
  • Eczema / Penyakit Kulit
  • Gastrik / Masalah Usus
  • Menurunkan Kolestrol
  • Stress / Kemurungan / Ceria
  • Sembelit / Cirit-Birit / Buasir
  • Asthma / Lelah / Penat / Semput
  • Gout / Arthritis Sendi
  • Menopause
  • Ketidakseimbangan Hormon
  • Alergi Makanan Laut
  • Resdung
  • Penyakit Gusi / Demam
  • Masalah Tidur / Kelesuan
  • Jangkitan Pundi Kencing
  • Masalah Buah Pinggang
  • Kanser / PertumbuhanTumor
  • Sakit Sendi & Sengal Badan
  • Jantung / Saluran Darah
  • Migraine / Sakit Kepala
  • Strok / Parkinson
  • Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)
  • Masalah Senggugut / PMS
  • Jangkitan Virus / Bakteria
  • Darah Tinggi
  • Masalah Saraf
  • Kencing Manis
  • Thyroid
Sudi-sudikanlah ke link EPHYRA untuk maklumat lanjut yerk.. Tak rugi tau.

Website Rasmi Ephyra : http://oceanlife2.com/

Website Rasmi Ephyra : oceanlife2u.com

Facebook Rasmi Ephyra : https://www.facebook.com/oceanlife2u

Instagram Rasmi Ephyra : https://instagram.com/ephyra2u

Twitter Rasmi Ephyra : https://twitter.com/ephyra2u



Wednesday, 21 May 2014

JUE AZIZ AKHIRNYA MENGAKU SUDAH BERKAHWIN



Sebelum ini kecoh dengan isu status hubungan pelakon Jue Aziz atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz dengan seorang pemuzik kelahiran Indonesia, Bayu Daniels. Ramai yang tertanya-tanya adakah mereka sudah berkahwin atau sebaliknya.


Bagaimanapun menerusi laporan sebuah akhbar, Jue Aziz akhinya telah mengaku berkahwin dengan Bayu Daniels. Menerusi laporan berkenaan, Jue berkata dia bukan sengaja mahu menyembunyikan perkahwinannya itu, tetapi dia tidak mahu menghebohkan perkara tersebut kepada pengetahuan ramai.



“Ya, saya sudah berumah tangga dan kini saya merupakan isteri kepada Bayu. Kami mendirikan rumah tangga di kampung halaman suami di Makassar, Indonesia pada 9 Mac lalu,” jelasnya memetik laporan tersebut.

AWAK NAK KAHWIN DENGAN SAYA? (SINOPSIS FILEM)

Awak Nak Kahwin Dengan Saya?
Tayangan : 22 Mei 2014
Bahasa: Melayu
Genre: Komedi / Romantik
Running Time: -
Pengarah: Eyra Rahman
Pelakon : Fezrul Khan, Erin Malek


SINOPSIS Awak Nak Kahwin Dengan Saya?


Cerita ini menceritakan tentang percintaan antara Andika dan Puteri . Andika merupakan Ketua editor majalah tersebut , manakala Puteri bekerja sebagai pembantu peribadi Andika dan yang paling setia dalam tempoh tiga tahun. Seorang gadis yang messi , tetapi dia sangat peka dan bijak. Andika dapat memahami Puteri . Cerita ini bermula apabila Andika menerima panggilan daripada bekas teman wanita , SARA , menjemput beliau ke majlis perkahwinan beliau. Sara mencabar Andika untuk membawa teman wanitanya pada perkahwinannya hanya mahu menunjukkan bahawa pelajar Andika terlupa kenangan. Andika berasa dicabar dan dia perlu untuk membawa seorang gadis untuk perkahwinan untuk membuktikan kepada Sara bahawa dia telah lama dilupakan lalu. Pada masa yang sama, ulang tahun kelahiran Andika juga semakin hampir dan meminta Andika kembali. Andika akhirnya bersedia untuk kembali selepas tiga tahun tidak pulang ke rumah kerana konflik dengan bapanya, DATO OSMAN. Andika meminta bantuan daripada anak perempuan yang menyamar sebagai kekasihnya dan kembali ke kampung. Kehadiran Wanita disambut mesra , dan dia terkejut melihat bagaimana keluarga menerima beliau. Selepas seminggu di kampung, Puteri terkejut dengan perubahan berlaku.


Puteri hidup bersendirian selama ini , bagaimanapun, kini Puteri mula berasa gembira selepas Andika mengenali keluarga ini. Puteriwho telah mula berasa gembira hidup bersendirian dengan kasih sayang keluarga Andika . Pada masa yang sama, Andika juga mula berasa sesuatu yang aneh pada Puteri . Andika mula tersenyum, ketawa dan mula ambil mudah dalam kehidupan. Adakah keseronokan mula menyelubungi mereka , Sarah muncul dengan rasa tidak puas hati dan mula mempersoalkan Puteri yang boleh mengubah orang-orang seperti Andika? Bagaimanakah reaksi keluarga Andika apabila semua pembohongan terdedah